Bandar Bola - Arsenal Penyokong Mula Di Buai Mimpi Baharu
Bandar Bola - seperti kelab gergasi lain turut sama ghairah ketika berbelanja tinggi membeli bintang baru segala-galanya menjurus kepada hajat mahu muncul juara dengan memenangi trofi yang sangat besar,di musim kali ini.BANDAR BOLA
Tidak dinafikan The Gunners amat kempunan mahu mendakap semula trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kali terakhir dimenangi pada musim tahun 2003-2004 dan itulah hala tuju anak didik Arsene Wenger, musim ini sekali pun Liga Juara-Juara tetap dalam radar telah buruan mereka dalam ajang pertandingan sepakbola.Musim lalu, Arsene Wenger membeli Mesut Ozil dari Real Madrid dan pemain Jerman itu ada memberi impak namun sumbangan itu belum cukup untuk Arsenal menandingi gergasi lain seperti Manchester City, Liverpool atau pun Chelsea.
Belum puas, kelab dari London itu membeli bintang Chile, Alexis Sanchez dari Barcelona dan kekuatan tambahan ini harus memacu juara baru di sebuag pertandingan di liga Piala FA itu mendekati impian juara, musim ini.
Kejayaan menewaskan juara EPL, Manchester City 3-0 dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad lalu juga menjadi tonik untuk menyemarakkan semangat pasukan. Pencapaian seperti ini harus memberi keyakinan baru kerana ia satu kemenangan psikologi ke atas barisan pimpinan Manuel Pellegrini.
Malah, Wenger berkata kemenangan itu penting kerana Arsenal tidak mahu kalah kepada City pada hari berkenaan. Tidak dinafikan kejayaan itu yang menghadiahkan Arsenal trofi kedua dalam tempoh empat bulan memberi gambaran positif. Pengurus itu tampak gembira - wajahnya seperti lima tahun lebih muda daripada usia sebenar ketika meraihkan saat itu di Wembley tempoh hari.
“Apa yang saya lihat barisan kali ini nampak lebih kuat berbanding musim lalu,” katanya.
Ini mungkin satu petanda awal ke arah menghidu kejayaan, tapi City pula pertahan mereka turun tanpa tujuh pemain yang direhatkan selepas aksi Piala Dunia termasuk kapten, Vincent Kompany dari Belgium.
Cuma, Arsenal harus belajar untuk tidak mengulangi gelagat musim lalu - kurang konsisten - andai mahu naik ke podium kejuaraan yang dijangka akan bertambah sengit selepas pencabar lain juga membuat pembelian baik.
Musim lalu, The Gunners dipalit kecewa besar apabila tumpas kepada Aston Villa pada hari pembukaan EPL di gelanggang sendiri dan tambah perit lagi dibelasah pasukan elit bermula dengan City (3-6), kemudian Liverpool (1-5) dan Chelsea (0-6) sepanjang musim lalu.
Selepas menang Piala FA dan Perisai Komuniti, ada sebab untuk peminat Gunners untuk mula ghairah bagi musim 2014-2015. Hakikatnya, Wenger tidak kedekut lagi seperti musim-musim sebelumnya apabila akhirnya berbelanja tinggi untuk mendapatkan pemain berkualiti dan menguatkan beberapa bahagian penting dalam skuad.
Buat pertama kali peminat menyaksikan pembelian dengan bebas tanpa ada had untuk belanja.
Menggilap bakat muda menjadi bintang - aspek yang sentiasa digemari Wenger - berterusan lagi untuk menjadi pertaruhan melonjakkan pasukan. Yaya Sanogo sudah menjelmakan karakter baik dalam perlawanan pra-musim dan begitu juga prestasi terkini pemain antarabangsa Costa Rica, Joel Campbell yang sebelum ini dipinjam untuk beberapa musim lalu.
Alex Oxlade-Chamberlain dijangka akan menggalas tanggungjawab lebih besar selepas menampilkan persembahan terpuji, musim lagi begitu juga Theo Walcott yang kembali daripada kecederaan lama serta akan menjadi pemain tumpuan peminat.
Trio Jerman - Ozil, Per Mertesacker dan Lukas Podolski - segar daripada kejayaan membantu pasukan negara menjuarai Piala Dunia buat kali keempat harus kembali dengan selera besar menterjemahkan formula kejayaan mereka kepada tim dari klub Arsenal tersebut ini.
Tidak dinafikan, tahun ini boleh memihak Arsenal. Tapi ia bergantung kepada Wenger dan anak didiknya agar tidak bermula hambar atau pun berdepan masalah penyudah.
Andai dapat menyaingi empat atau lima kelab teratas, tidak dinafikan mereka mampu menjadi pencabar tulen untuk rebut trofi EPL.
Perjalanan positif mereka juga banyak akan berkisar kepada muslihat Ozil di atas padang merencanakan kejayaan pasukan, begitu juga sumbangan padu angkatan muda. Jika mereka ini dapat melicinkan jentera pasukan, satu lagi trofi mungkin akan berkunjung ke Emirates.
Post By;

Tidak ada komentar:
Posting Komentar